Bermegah-megah


Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.…” . Itulah sebahagian dari terjemahan surah At-takasur, surah yang sering di baca oleh imam-imam dalam solat berjemaah.

Surah ini jelas mengingatkan kita supaya jangan bermegah-megah. Bermegah-megah sebahagian dari sifat mazmumah yang tercela. Tetapi sukar sungguh untuk mengikis sifat ini dari hati manusia. Kadang-kadang sifat bermegah itu terlalu menonjol sehingga orang lain yang melihat perlakuan tersebut rasa menyampah dan meluat. Kadang-kadang yang di megahkan itu tak ada pun, perkara-perkara biasa saja.

Contohnya sekadar jenama pakaian sahaja…..tiruan pulak tu. Atau pun bermegah sebab pasukan bolasepak yang di sokongnya menang. Sedangkan dia tak dapat apa-apa pun.

Bermegah dengan pangkat, harta, kereta, rumah, keturunan, pakaian, kepandaian, kecantikan, bentuk badan, anak-anak, adalah perkara yang kerap berlaku diakalangan manusia termasuk yang beragama Islam.

Sikap bermegah ini datang kerana kurang ingat akan Allah. Kurang rasa bersyukur pada Allah. Lupa bahawa semua itu pemberian Allah swt. Allah boleh tarik balik bila masa sahaja. Lupa bahawa tindakan Allah di luar jangka, sehingga merasakan diri mereka hebat dan wajar bermegah-megah dengan apa yang ada.

Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau daripada sifat bangga diri dan menunjuk-menunjuk….amin.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,474 other followers

%d bloggers like this: