Carilah Rahmat Allah


Bila Allah memasukkan seseorang kedalam neraka maka ia atas sifat Maha Adil Allah terhadap hambanya. Sebab Allah tidak akan berlaku zalim terhadap sesiapa pun. Mereka yang akan dihumban kedalam neraka pasti akan mengakui bahawa mereka memang patut dan layak dihumban ke neraka. Mereka tidak akan protes mengapa mereka di himban kedalamnya.

Semasa di dunia kita boleh memprotes jika kita di sumbat ke dalam lokap atau penjara. Kita juga boleh mendapatkan khidmat peguam untuk melepaskan diri kita dari penjara. Kebijaksanaan peguam yang kita lantik mungkin memberi peluang kepada kita untuk bebas dari tahanan di penjara.

Tetapi, di akhirat peluang sedemkian tidak wujud sama sekali.

Hakikatnya, semua kita memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk kedalam syurga.

Rasulullah SAW sendiri di dalam sebuah hadith, mengakui bahawa baginda sendiri tidak akan dapat masuk ke syurga kecuali dengan rahmat Allah SWT.

Kita?

Segala amalan dan kepatuhan kita pada perintah Allah di dunia ini belum dapat membalas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, walau pun nikmat ‘sebiji mata’ yang Allah berikan kepada kita.

Sebab itu janganlah kita sesekali merasakan diri kita ini terlepas dari kemurkaan Allah SWT, walaupun kita telah berusaha menjauhi segala dosa-dosa besar dan meminimakan dar melakukan dosa-dosa kecil,

Janganlah kita melakukan sesuatu amalan sekadar untuk mendapat “fadhilat” atau pahala dari amalan tersebut. Tetapi beramallah kerana untuk mendapat rahmat Allah SWT.

Ingatlah bahawa kita hanya dapat melepaskan diri dari neraka Allah dan dapat masuk kesyurga Allah atas rahmat Nya. Bukan atas kebaikan dan amalan yang kita lakukan.

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by nas on April 5, 2012 at 8:09 am

    btol..

    Balas

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    Jika kita merujuk ayat 132 dalam surah al-Imran, ‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat’, menunjukkan rahmat Allah akan turun kepada orang-orang yang taat kepada Rasulullah dengan syarat kita mengamalkan segala sunnahnya secara menyeluruh, termasuk mensyukuri segala nikmat yang wujud seperti adanya ini.

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang: (Al-Baqarah 2:218).

    Menurut hemat saya, uraian Tuan haji di atas kurang menyeluruh & akan membingungkan pemahaman bagi yang membacanya termasuk diri saya yang sangat awam perihal ilmu ugama ini.

    Dan mungkin pemahaman saya yang terlalu sempit, tapi sikit yang bisa saya tangkap dari maksud ayat2 yang saya sebut di atas bahwa ada penyebab & syarat2 yang harus kita kerjakan untuk mengharapkan/ mendapatkan rahmat dari Allah yang mungkin berupa amalan2 dan ibadah sesuai syari’at agar kita selamat dalam meniti kehidupan di dunia dan terutamanya di akherat kelak, bukan?

    Mohon penjelasan lebih lanjut. Terimakasih.

    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    Balas

    • salam. benar apa yang tuan perkatakan. Tulisan tersebut sebenarnya untuk mengingatkan diri saya dan pembaca secara ringkas, bahawa janganlah sekali-kali kita merasa terlepas dari murka Allah taala kerana ia akan menghasilkan sifat mazmumah dalam hati. Kita diperintah Allah taala jadi baik, tapi jgn sekali rasa kita dah cukup baik. Kita disuruh bersedekah, tapi jgn rasa diri pemurah. begitulah seterusnya. maaf jika tak dapat memenuhi hajat tuan.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,475 other followers

%d bloggers like this: