NIkmat Akal


Allah pilih kita sebagai makhluknya yang berakal. Allah jadikan kita sebagai manusia, bukan binatang, batu atau tumbuh-tumbuhan yang tidak dianugerahkan akal kepada mereka.

Adakah pemberian akal itu pemberian yang saja-saja? Adakah nikmat akal yang dikurniakan itu tidak akan dipersoalkan kelak?

Sebagai orang yang beriman kita perlu yakin setiap yang Allah jadikan itu bukan saja-saja. Pasti ada sebabnya. Kurniaan akal kepada manusia terutama sekali adalah supaya mereka dapat menggunakannya untuk mengenali Allah. Juga untuk mengenali diri kita sendiri. Juga untuk memikirkan ‘keagungan’ Allah dan kehebatan alam ciptaan Nya. Juga untuk membezakan yang baik dan buruk, halal dan haram, benar dan salah dan sebagainya.

Kita di takdirkan Nya untuk dikurniakan akal. Kita juga diminta untuk memelihara akal tersebut sebaik mungkin. Sebab itu orang yang sengaja merosakkan akal mereka dengan cara meminum arak dan yang seumpanya perlu di jatuhkan hukuman sebab sebanyak 40 hingga 80 sebatan. Hukuman tersebut adalah untuk mencegah manusia dari merosakkan akal yang dikurniakan kepada mereka.

Kenapa hukumannya sangat berat? Sebab risiko diatas kerosakan akal amat besar. Contohnya orang mabuk yang memandu kemungkinan besar akan menyebabkan kemalangan maut. Sebab itu kita dilarang daripada merosakkan akal kita.

Tidak cukup itu sahaja, kita juga di perintah untuk menggunakan akal kita bagi menuntut ilmu. Akal kita yang sihat perlu digunakan sebaik mungkin.

Tidak sepatutnya kita yang diberi akal, tetapi tidak menggunakannya untuk menuntut ilmu dan berfikir. Ayat Al -Quran pertama yang diturunkan adalah berkenanaan dengan ilmu. “Iqra’ bismirabbikallazhii qalaq”. Ia bersabit dengan akal yang dikurniakan kepada kita. Bukti jelas perintah supaya kita menggunkan akal kita sebaik-baiknya.

Adakah kita selalu memanafaatkannya? Atau kita buat tak kisah saja?

Anda manusia yang berakal. Tetapi bagaimana kalau Allah jadikan anda seorang yang kurang siuman? Gila maksud saya. Sanggupkah? Jika tidak, gunakan akal anda sebaik mungkin untuk mencapai keredhaan Allah.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: