KONSPIRASI DUNIA – MAKHLUK ASING



Konspirasi+Dunia+-+makhluk+asing.jpg
KONSPIRASI DUNIA – MAKHLUK ASING KEBENARAN YANG SEBENAR
Based on MistisFiles article “Alien”
Writer : MistisFiles Photo/Editor : MacJay.Net

Bila bercakap tentang UFO, perkataan ‘alien’ atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya ‘alien’ itu?. Adakah ‘alien’ ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?

Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia. Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold. Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington, dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan “kecepatan yang luar biasa”. Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600 km/jam.

Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka “terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air” dan dia juga mengatakan bahawa mereka “pipih seperti pai“, “berbentuk seperti piring”, dan “berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, … mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar”(namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah ‘Piring Terbang’ (flying saucer). Pada Julai tahun yang sama, terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.
Ufo.jpg
Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561. Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya. Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama. Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO. Ini tidak penting. Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai ‘alien’ tadi.

‘Alien’ dan ‘UFO’ popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell. Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947. Peliknya, selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika. Kemudian pihak media,penulis buku, filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing. Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi. Antara yang popular ialah siri televisyen X-Files. Di dalam siri ini, Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini, sebagaiman yang ingin ‘shadow government’ mahukan kita semua mempercayainya.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua ‘alien’ yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja. Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh ‘alien’ ini. Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut. Mari kita analisis penemuan mereka.
logo1.png
Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua, sedang menggenggam sebiji bola. Di sebelah kanannya ialah seekor ular. Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular, disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?). Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu ‘puak’ makhluk asing iaitu Reptilian. Lihat segitiga dan ular.
logo2.gif
Buat pengetahuan anda, mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing, terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa, bahasa dan lambang pada pakaian. Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid. Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian, Reptilian, Pleiadian, Orion dan sudah pasti Grey.

Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur, berkepala besar dan matanya yang unik.

Wajah Grey seringkali muncul dalam filem, buku, majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya). Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak, ular dan cicak. Kadangkala mereka digelar ‘Serpent Tribe’ atau ‘The Lizard Race’.
grey-alien.pngReptoid.jpg
Grey Reptilian

Antara fenomena yang dikaitkan dengan ‘alien’ ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan. Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika. Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala. Namun yang anehnya, tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau ‘alien’ di bawah ini. Wajahnya sungguh hodoh. Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosour. Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini. Tentang kerajaan Amerika, kejadian UFO, rupa ‘alien’ yang hodoh, cicak, ular, segitiga dan teknologi canggih.

Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO, fail-fail saksi penculikan, pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika. Juga catatan Jan Van Helsing, Philip J. Corso dan lain-lain. Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan Islam seperti Muhammad Isa Dawud, teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files, MJ12 dan Matrix…

Tidak diragukan lagi bahawa semua ‘alien’ yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.

PROPAGANDA

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk jin dan syaitan kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa. Jika di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin. Di Amerika tiada bezanya, modus operandinya sama. Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan. Hallucination, abduction, space travel, implant, mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama. Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu. Bezanya di Amerika, terdapat campur tangan manusia.
UFO_Area+51_phixr.jpg
Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?. Kerajaan Amerika, yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi, atau kita panggil The Hidden Hand, Illuminati, Freemason, konspirasi Zionis atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini. Pertukarannya adalah teknologi. Gambar diatas merujuk kepada kawasan bernama Area 51.

Jin adalah makhluk mukallaf. Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia. Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka. Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir. Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia, maka pada masa yang sama, mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia. Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi besar ini?.

Dajjal dan para penyembah Iblis. Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya, sebab itu tiada seorang Nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal. Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama, disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau ‘shadow government’ perlu melakukan tugas khas. Apakah tugas itu? Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan ‘alien’ sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas. Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan. Iaitu ‘upgrade’ imej ‘alien’ kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi. Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?). Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria).

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia. Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.
UB.jpglogo_2.jpg
Dari premis di atas, para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam. Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah ‘alien’ ini. Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu. Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau ‘ancient astronauts’ yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang ‘hilang’ kini kembali untuk menguasai bumi.
scottish-rite-freemasonry.gif
Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh. Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan inspirasi Dajjal. Freemason (Scottish) adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini. Begitu juga lambang helang. Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi. Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis. Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis. Semua puak ‘alien’ menggunakan kombinasi lambang-lambang ini. Anehkan? Mereka dari ‘tuan’ yang sama.
scriptalien.png
Cuba lihat salah satu tulisan ‘alien’ yang sempat direkodkan (gambar atas). Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini. Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code. Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi, teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud). Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan, ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin. Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular. Cicak pula adalah lambang pengkhianat. Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik. Dan apakah rahsia sabda Nabi yang mensunatkan kita membunuh cicak?

sumber: aku-macjay.blogspot.com

About these ads

4 responses to this post.

  1. [...] Kewujudan makluk asing (Alien) adalah sebagai sandiwara juak-juak Dajjal Manjal yang mahu menimbulkan “sense of glory” kepada tuan mereka Antichrist (DAJJAL). Bacalah petikan artikel ini untuk tujuan menambah ilmu di dada. KONSPIRASI DUNIA – MAKHLUK ASING KEBENARAN YANG SEBENAR Based on MistisFiles article "Alien" Writer : MistisFiles Photo/Editor : MacJay.Net Bila bercakap tentang UFO, perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya 'alien' itu?. Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat? Ben … Read More [...]

    Balas

  2. boleh juga

    Balas

  3. Posted by ammar on Februari 5, 2012 at 4:18 pm

    besar nye makluk asing tu

    Balas

  4. Excellent article! We are linking to this great post on
    our website. Keep up the good writing.

    Vicky

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: