Usai program Mukmin Profesional di IKIM, baru-baru ini, ramai yang datang menemui saya di bahagian belakang dewan. Mereka bertanya itu dan ini... pelbagai soalan, masalah dan rintihan menerjah. Saya setia menjadi pendengar. Kekadang masalah yang dikemukakan sama seperti yang pernah saya hadapi, sedang hadapi atau mungkin juga akan saya hadapi nanti.
Kekadang saya juga kelu dan kaku untuk memberi respons. Dalam hati, cuma berdoa.
