Banyaknya rezeki


Pagi tadi adinda Jamal datang seperti dijanjikan untuk meletakkan anak-anaknya di bawah penjagaan aku. Dia dan isteri bekerja.. Pengasuh anaknya pula ada perkara penting hari ini. kebetulan aku dan keluarga tak ke mana-mana hari ini.

Terfikir sebentar. Ini rezeki yang Allah bagi kepada kami adik beradik yang dapat tinggal dan bekerja dalam jarak yang tidak berapa jauh. Boleh bantu-membantu dan mengeratkan tali persaudaraan. Rezeki Allah ni macam-macam bentuk. Cuma jarang kita memikir dan mensyukurinya. Yang banyak kita fikir bila sebut rezeki, hanya harta dan duit sahaja. Sebab itu kita jarang merasa syukur tentang rezeki lain.

Berapa kali kita sebut Alhamdulillah bila selamat sampai ke destinasi ? Berapa kali kita bersyukur lihat anak atau pasangan kita sampai di muka pintu pulang dari sekolah atau tempat kerja? Berapa kerap kita bersyukur dan berdoa bila bangun dari tidur? Sebelum tidur biasanya kita selalu berdoa. Sebelum masuk tandas kita selalu berdoa. Bila keluar?

Ya Allah jadikan kami hambaMu yang banyak bersyukur. Amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Disember 12, 2009 at 11:40 am

    betui betui betui

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: