Pasar malam


Malam tadi bawa anak ke Pasar malam atas permintaan dia. Bagi syarat pada dia hanya boleh beli dua jenis makanan atau minuman kesukaannya. Dia setuju. Sampai di pasar dia cuba minta lebih tapi tak layan. Kasihan juga, tapi kena tegas sikit. Kena ajar dia bahawa dalam hidup ini ada benda yang kita boleh dapat dan tak boleh dapat. Kena ajar pegang pada janji. Bukan tak mampu……. Bukan kedekut….. tapi mendidik ni memang kena dari kecil…..

Masalahnya sekarang ramai kita mampu dari segi kewangan melayan kehendak anak…….menjadikan kita tak mampu berkata tidak kepada kehendaknya…. Kadang-kadang bila dia merengek depan orang ramai, kita mula malu dan ikut kehendaknya. Mendidik anak-anak zaman ni tak sama macam masa kita kecil dahaulu. Cabarannya berbeza. Tapi asasnya sama. Perlu banyak pengorbanan. Dan yang paling penting perlu banyak doa….. sebenarnya kita tak mampu kecuali dengan pertolongan Allah swt.

Kita tak mampu bersamanya setiap masa. Kita tak ada kekuatan pun untuk menjamin keselamatannya bila dia keluar bermain atau bersama-sama rakannya. Hanya pada Allah kita panjatkan doa untuk keselamatan dan kebaikan dirinya…. Selama ini pun Allahlah yang menyelamatkan dia sehingga dia semakin dewasa.

Ya Allah kurniakan kami zuriat yang yang baik, dan Kau sejahterakanlah hidupnya dan selamatkanlah dia dari segala kejahatan dunia ini…. Amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Disember 12, 2009 at 11:37 am

    aku pun camtu jugak. kalau orang tengok mesti kata kita tak mampu or kedekut tapi kita mesti tegas…setuju 100%

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: