Batuk


Semalam sepatutnya bertugas untuk berkhutbah jumaat. Tapi batuk pula minggu ni. Terpaksa serah pada imam lain. Agak lama juga tak kena batuk ni. Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa mulut yang banyak ni. Ye lah…. dalam kehidupan kita setahun agaknya berapa hari sahaja kita dapat lepaskan diri dari berbicara tentang orang lain, mengutuk orang, menyindir orang, menyakitkan hati orang.

Allah yang maha pengasih dan penyayang sentiasa menggilirkan kita diantara sakit dan sihat. Dia beri kita sihat supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita. Dapat mencari rezeki. Dapat melakukan hobi kita.

Allah beri kita sakit, supaya kita ingat bahawa kesihatan itu Allah yang beri. Bukan sebab supliment, joging, ubat-ubatan dan jaga pemakanan. Allah beri kita sakit juga untuk kita merehatkan fizikal kita. Membetulkan sistem imun kita. Menghapuskan dosa kita. Mengelak kita dari melakukan dosa dan maksiat.

Sakit dan sihat itu ada peranan masing-masing. Bila sihat kita bersyukur. Bila sakit kita sabar dan redha di samping berdoa dan berusaha mencari ubatnya.

Ya Allah, sejahterakan badanku, Ya Allah sejahterakan pendengaranku, Ya Allah sejahterakan Penglihatanku. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: