Kenduri


Malam tadi ada dua jemputan kenduri. Tapi hanya dapat memenuhi satu undangan sahaja. Tak berapa sihat. Musim cuti ni macam-macam undangan ada. Tahlil, khatan, kahwin, kesyukuran dan doa selamat.

Dalam kemelesetan ekonomi ini pun umat Islam di sini masih lagi di berikan rezeki yang melimpah ruah sehingga mampu lagi membuat berbagai majlis. Bukan sikit modalnya. Baguslah jika niatnya untuk bersedekah dan kerana Allah swt.

Cuma yang musykilnya…..kadang-kadang yang buat majlis dan jemput orang masjid datang makan ke rumahnya, wajahnya jarang sekali ada di masjid. Solat jumaat pun tak ada. Ada tu hanya hantar wakil je minta jemaah masjid datang kerumahnya sebab ada majlis tahlil. Dia sendiri tak sampai ke tangga masjid pun. Ada juga yang pergi masjid, bila nak jemput jemaah masjid ke rumahnya. Dua tiga hari sebelum majlis, dia hadir kemasjid berjemaah. Habis majlis, mukanya pun tak nampak lagi.

Bukan apa, kasihan juga pada mereka ni. Adakah mereka menganggap dengan mengadakan kenduri, kelemahan dan dosa kerana meninggalkan solat jumaat atau solat lima waktu boleh diampun Allah begitu sahaja? Sedangkan kita tahu semua amalan tertolak sekiranya kita meninggalkan solat lima waktu sebab solat itu tiang agama. Sia-sia.

Tapi kena hadir juga sebab memenuhi undangan itu satu kewajipan. Cuma kadang-kadang terkilan sebab laungan azan ” hai’alassolah” lima kali sehari tak bersambut tapi panggilan mereka sekali kena sambut. Tak apalah mungkin kehadiran jemaah masjid ke undangan tersebut akan membantu penganjurnya mendapat hidayah Allah swt.

Ya ALlah, jadikan kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: