Meeting


Baru habis meeting pagi tadi. Meeting atau mesyuarat bagi menyelesaikan beberapa perkara. Mesyuarat ini kadang-kadang meletihkan. Penat mental. Banyak ambil masa. Sebab tu kadang-kadang kita lihat ramai yang tak suka hadir mesyuarat, lebih-lebih lagi sekiranya mesyuarat tersebut tidak dikendalikan dengan cekap dan berkesan. Perjalanan mesyuarat berjaya atau tidak, banyak bergantung pada pengerusi.

Apa pun, menghadiri mesyuarat itu satu amanah dan kewajipan… walau pun boring. Ada orang dia hanya nak melaksanakan keputusan mesyuarat sahaja tanpa melibatkan diri dalam proses percambahan fikiran dan membuat keputusan. Tapi apabila keputusan telah di buat dia banyak tak setuju dan merungut di belakang.

Kita kena ingat bahawa arahan bermesyuarat ini datang nya dari Allah swt…

Al-Quran menjelaskan dengan maksud berikut :
“Bermesyuaratlah kamu dengan mereka dari hal urusan”
(Al-`Imran : 159)

“Dari orang-orang yang mengikut perintah Tuhan, mengerjakan sembahyang, urusan mereka dengan bermesyuarat sesama mereka dan mendermakan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka”.
(Asy-Syuuraa : 38)

Bukan buat kerja saja ibadah. Bermesyuarat itu pun ibadah.. Jadi orang bijak tidak akan melepaskan peluang membuat ibadah walau apa pun bentuknya.

Hasil kerja yang di buat setelah di mesyuaratkan terlebih dahulu biasanya lebih baik daripada hasil kerja dari pemikiran sendiri. Sebab itu Rasulullah saw sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat walau pun baginda seorang rasul yang mendapat wahyu dari Allah swt. Siapa kita ?

Ya Allah, jadikan Rasulullah itu sebagai ikutan kami..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: