Rumah Sewa


Petang tadi pergi ke rumah yang disewakan sejak awal tahun. Ditakdirkan Allah si penyewa sekeluarga tiada dirumah. Sudah tujuh bulan dia tak menjelaskan sewa rumah. Pernah datang sebelum ini, tapi minta tangguh dan janji akan jelaskan.

Kita memang digalakkan untuk memberi tangguh kepada si penghutang jika dia memerlukan masa tambahan untuk menjelaskan hutangnya. Itu memang dianjurkan oleh Islam. Tetapi pastilah penangguhan itu ada hadnya. Ada adabnya. Kecuali kita nak menghalalkan saja hutang tersebut. Itu juga di galakkan oleh Islam.

Cuma, janganlah kita yang berhutang memang dari awal lagi tidak berniat untuk membayar hutang. Ini cukup bahaya. Bukan sahaja kepada kehidupan kita di dunia, tetapi lebih-lebih lagi diakhirat. Sebab bagi seorang yang mati syahid di jalan Allah pun akan terhalang dari masuk ke syurga sekiranya ada hutang yang belum dilangsaikan di dunia. Sedangkan seorang syuhada itu di jamin ke syurga oleh Allah swt tanpa hisab. Ingatlah bahawa hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Ya Allah kami berlindung dengan Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang. Amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Disember 16, 2009 at 11:54 pm

    sabar weh. duit gaji hang tahun lepas tak usik lagi

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: