Besi Longkang


Minggu lepas, tujuh unit besi penutup longkang rumah yang aku sewa dicuri orang. Rakan aku yang datang ke rumah tidak perasan tentang kehilangan penutup longkang tersebut menyebabkan satu tayar keretanaya jatuh ke dalam longkang. Nasib baik keretanya kecil maka mudahlah diangkat keluar dengan bantuan jiran aku.

Kehilangan besi penutup longkang telah menjadi perkara biasa sekarang ini. Mungkin disebabkan harganya yang tinggi di pasaran. Besi yang Allah turunkan ke bumi memang menakjubkan ciri-cirinya.
Firman Allah dlam surah Al Hadid

” Dan kami turunkan besi yang di dalamnya mempunyai kekuatan yang amat dahsyat dan memberi manfaat untuk manusia”

Ayat ini diturunkan kepada Rasullullah untuk menerangkan penciptaan dan asal usul besi. Sayugia diingatkan kata kunci bagi ayat ini ialah istilah kami turunkan.

Mengikut pakar-pakar sains, keadaan fizikal bumi tidak mampu menghasilkan besi. Penciptaan besi memerlukan darjah kepanasan yang amat melampau. Malah matahari yang kepanasan permukaannya 6000 darjah celcius dan 20 juta darjah celcius kepanasan di terasnya, masih tidak mampu untuk memproses dan menghasilkan logam berat seperti besi ini.

Suhu bumi jauh lebih rendah daripada matahari dan sudah tentu tidak mampu menghasilkan besi. Ahli sains percaya besi berasal dari bintang yang mempunyai saiz yang bekali-kali ganda lebih besar dan darjah kepanasan yang beribu-ribu kali ganda daripada matahari.

Berbilion tahun yang lalu, melalui proses evolusi, bintang-bintang itu akan meletup (dying star) dan akan menebarkan besi ke seluruh cakerawala. Ketulan besi akan bertaburan di angkasa lepas dan akan ditarik oleh graviti bumi. Melalui tempoh yang cukup lama, ketulan-ketulan besi yang ditarik itu akan membentuk teras bumi.

Jelas, besi tidak dihasilkan di bumi, tetapi anugerah Allah yang cukup besar untuk hambanya di bumi ini. Bayangkan tanpa besi di bumi ini. Bagaimana sukarnya kehidupan manusia ketika ini. Cuma, janganlah hati kita menjadi sekeras besi hingga sukar untuk menerima kebenaran dan memohon ampun atau maaf atas keterlanjuran.

Ya Allah Ya Latiif, Engkau lembutkanlah hati mereka sebagaimana Engkau melembutkan besi di tangan Nabi Daud.. …Amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Disember 16, 2009 at 11:51 pm

    teori black hole …bang boom bang

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: