Tahun Baru


Ramai yang tak perasan, malam ini masuklah tahun 1431 hijrah. Tahun baru Islam.
Tak banyak yang di war-warkan akan ketibaan tahun baru hijrah ini. Berbeza dengan tahun baru masihi. Semua orang akan tahu ketibaannya.

Tahun hijarah ini ramai yang ambil tahu bila ramadhan dan syawal saja. Yang Zulhijah pun ramai yang buat tak tahu saja walaupun di dalamnya ada Hari Raya Korban.

Umat Islam sekarang lebih peka pada tahun masihi sahaja. Antara sebabnya sebab nak tahu tarikh “gaji“. Agaknya kalau “gaji” ditukar menggunakan kalendar hijrah, ramai yang tahu tarikh setiap hari bulan hijrah.

Sudah menjadi adat umat Islam di Malaysia untuk membaca doa akhir tahun sebelum maghrib nanti dan doa awal tahun selepas solat maghrib. Berdoalah, sesunguhnya doa itu senjata mukmin.

Ya Allah apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sesungguhnya aku memohon kampunan Mu, maka ampunilah aku. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: