Jamuan


Selesai mesyuarat hari ini nampaknya ada jamuan. Biasa tak ada. Rezeki Allah beri ni kadang-kadang kita tak sangka, tiba-tiba saja ada. Begitu juga tiba-tiba saja rezeki yang kita rasa dah datang, hilang begitu sahaja. Kenapa Allah buat begitu?

Sebab Allah nak ingatkan kita bahawa semua rezeki itu pemberian Allah. Allah boleh beri pada bila-bila masa dan boleh tarik bila-bila masa juga. Manusia ni cepat lupa. Kalau rezeki dia sentiasa bertambah sahaja, dia ingat semua rezeki itu atas usaha dia semata-mata. Pergantungan pada Allah mula berkurang. Rasa syukur atas pemberian Allah mula hilang.

Allah beri rezeki secara tidak disangka-sangka, kadang-kadang waktu kita betul-betul dalam kesempitan dan amat memerlukan, sebab Allah masih sayang pada kita. Allah tak mahu kita terlibat dalam perkara-perkara haram dan syirik seperti judi, bomoh, rasuah dan sebagainya hanya disebabkan kesempitan yang sedang kita alami. Ini biasa berlaku bagi mereka yang selalu mendekatkan dirinya pada Allah swt. Berlaku juga pada mereka yang jarang ingatkan Allah. Tetapi cara menghadapi permasaalahan yang sama amat berbeza dari dua golongan yang berbeza

Ya Allah, kami berlindung dengan engkau dari menyengutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari menyengutukan Mu dari sesuatu yang tidak kami ketahui

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: