Saman


Tak terduga langsung semalam akan di saman polis. Bermula dengan agak kelam kabut untuk bertolak ke Shah Alam sehingga terlupa ( baca: sengaja) memakai tali pinggang keledar. Baru satu kilometre perjalanan terus ditahan polis, tak sempat nak tarik tali pinggang keledar sebab di tahan selepas selekoh dan sedang memandu dengan agak laju.

Pernah juga dulu di saman kerana terlupa memakai topi keledar di tengah-tengah Bandar Sungai Petani, selepas membeli buku di sebuah kedai. Selepas peristiwa saman tersebut, hikmahnya tidak lupa lagi untuk memakai topi keledar. ( saja tak pakai biasalah).

Diharapakan selepas ini tidak lupa lagi memakai tali pinggang keledar. Manusia ini begitulah. Sudah dihukum selalunya baru ingat. Lagi teruk setelah hukuman ada yang masih tak insaf. Kesalahan dan kesilapan di dunia ni , hukumannya tak seberat mana. Sebab tu ramai yang terus mengulangi kesalahan.

Cuma yang menyedihkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah swt juga tidak dilaksanakan oleh pihak berwajib. Malah dipinda dengan hukuman lain. Sedangkan hukuman Allah seperti hudud dan Qisas itu adalah satu human yang wajib dilaksanakan seperti yang termaktub dalam Al Quran. Boleh membawa kepda fasiq, kafir atau zalim jika tidak dilaksanakan.. (rujukan: surah Al maidah 44,45 dan 47).

Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau daripada kekafiran dan kefasikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: