Tukar Zahir Jadi Ghaib


Baru pulang dari masjid. Walaupun hari ni cuti, tapi baru sempat nak online malam ni. Biasanya pergi masjid naik motosikal. Jarang guna kereta sebab lebih cepat dan dapat jimat minyak….hakikatnya dapat jimat belanja.

Tapi sebenarnya wang, kekuatan fizikal dan harta seperti kenderaan yang Allah anugerahkan pada kita memang diamanahkan kepada kita untuk kita gunakan. Digunakan sebaik mungkin supaya kita mendapat pahala dari benda-benda tersebut.

Benda-benda “zahir” yang Allah berikan pada kita sebaiknya kita gunakan supaya menjadi benda-benda “ghaib“. Contohnya, duit (zahir) itu kita gunakan untuk beli mniyak motosikal dan pergi ke masjid untuk solat jemaah supaya dapat pahala (ghaib). Atau kita gunakan tenaga fizikal (zahir) kita untuk berjalan ke majlis ilmu untuk dapat ilmu(ghaib). Atau kita gunakan harta(zahir) kita untuk kita menunaikan umrah bagi meningkatkan iman(ghaib) kita.

Makin banyak yang dapat kita tukar daripada zahir jadi ghaib seperti yang di perintah oleh Allah swt, maka makin banyak bekalan kita diakhirat kelak.

Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau daripada sifat penakut dan kedekut…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: