Redha


Pagi ni terbaca kisah Urwah Bin Zubair anak kepada dua sahabat penting Rasullullah saw, Zubair AlAwwam dan Asma’ Binti Abu Bakar Assidek di dalam majalah solusi isu ke 14. Ringkas kisahnya, bila sebelah kakinya terpaksa di potong kerana penyakit dan seorang anaknya mati disebab ditendang oleh kaldai beliau masih dapat redha dengan ketentuan Allah swt.

Katanya “Jangan kamu merasa ngeri terhadap apa yang kamu lihat. Allah ‘Azza wa Jalla telah menganugerahuiku tujuh orang anak, lalu mengambil satu di antara mereka dan masih meninggalkan enam orang lagi. Segala puji hanya untuk-Nya. Dan Dia memberiku empat anggota badan (dua kaki dan tangan), kemudian Dia mengambil satu darinya dan meningglkan tiga untukku, maka segala puji bagi-Nya. Dan demi Allah, Jika pun Dia telah mengambil sedikit dariku namun telah meninggalkan banyak untukku. Dan jika pun Dia mengujiku satu kali namun Dia telah mengurniakan kesihatan berkali-kali.”

Jauh sunguh beza diri kita dengan Urwah bin Zubair ini. Kita bila diuji walau sedikit saja mula mengeluh. Tapi bila dapat nikmat jarang sangat bersyukur. Nak sabar pun susah apatah nak sampai maqam “redha”.

Ya Allah , Aku telah redha Allah sebagai Tuhanku, Dan Islam sebagai Agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul ku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: