Rumah yang lapang


Semalam ziarah rumah adik di KL. Quaters mindef. Tidur di sana. Dia baru pindah beberapa hari lalu. Sebelum ini menyewa di Cheras. Rumah di Cheras agak sempit. Maklumlah rumah sewa di KL, yang kecil pun sewanyanya RM700 sebulan.

Bila dapat quaters pegawai tentera yang baru ni, selesalah sikit dia sekeluarga nampaknya.
Nabi saw pun ada bersabda bahawa di antara ciri-ciri keluarga yang bahagia ialah rumah yang lapang, selain dari isteri yang solehah dna beberapa faktor lain.

Tapi rumah yang lapang pun, mestilah rumah tersebut dihidupkan dengan suasana masjid. Janganlah di jadikan sebagai hotel sebagai tempat makan, minum, berhibur dan tidur sahaja. Biarlah di dalam rumah tersebut ada di dirikan solat berjemaah sekali sekala, selalu di diperdengarkan bacaan Al Quran, adakan sedikit majlis ilmu sekurang-kurangnya untuk keluarga sendiri. Kalau buka radio cubalah biasakan dengan saluran IKIM. fm . InsyaAllah banyak ilmu yang kita boleh dapat di saluran itu.

Biasakan diri dan anak-anak dengan hiburan yang dapat mendidik dan melembutkan jiwa. Walau pun awalnya mungkin agak susah dan rasa janggal tapi lama-lama kita akan dapat rasa perbezaan dalam diri dan keluarga kita.

Ya Allah, Bantulah kami untuk mengingati Mu…. Amin

One response to this post.

  1. Posted by sri ijok on Disember 27, 2009 at 9:57 pm

    jangan lupa beli rumah yang besar…corner lot la

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s