Kamera Litar Tertutup


Kemana sahaja kita pergi, terutama di bandar-bandar kita akan terpandang kamera litar tertutup. Kenapa? Banyak jawapan boleh di beri. Semuanya mungkin betul. Tetapi yang paling tepat sebab manusia sekarang jarang merasai bahawa Allah melihat apa yang mereka lakukan.

Perasaan takut pada Allah amat kurang sekali. Samada ketika bersama orang lain atau pun ketika sunyi seorang diri. Sebenarnya jenayah boleh dibendung dengan menanam rasa takut pada Allah bukan takut kepada undang-undang atau pihak penguatkuasa semata-mata. Takut dengan Allah, yang boleh bertindak dengan tindakkan Nya yang diluar jangka kita baik di dunia dan diakhirat adalah ajen kawalan yang lebih ampuh pada diri kita.

Nabi saw juga sering ingatkan kita dengan perkataan “taqwa”, sebab itulah senjata kita didunia ini untuk mendapat kehidupan yang di redhai Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 12 bermaksud
” sesungguhnya orang yang taktut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.”

Ya Allah, ampunilah dosa kami atas segala dosa dan kesalahan yang disengajakan atau tidak di sengajakan. Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: