Banyak kerja?


Kadang-kadang kita rasa kerja kita terlalu banyak. Hingga tak tahu mana satu nak di buat. Mana satu hendak di dahulukan dan mana satu hendak dikemudiankan. Rasanya semua perlu segera dan di dahulukan.

Tetapi selepas kita berfikir sedalamnya, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik. Sudah pasti yang fardhu dan wajib di dahulukan dan yang sunah di kemudiankan. Yang betul-betul perlu disegerakan sehingga jika diabaikan membawa keburukan pada agama, diri, keluarga dan masyarakat segerakan melakukannyaa.

Jika bertembung diantara kepentingan diri dan agama, mana nak di dahulukan? Lihatlah yang terbaik. Sebenarnya tidak ada percanggahan diantara kepentingan agama dan diri, kerana sebenarnya agama itu adalah untuk menyelamatkan manusia dan memudahkan urusan manusia. Kurangnya kefahaman dan ilmu agama yang menyebabkan kita merasakan ada percanggahan diantara kepentingan diri dan agama.

Kenapa jadi demikan? Sebab selama ini kita rasa ilmu agama yang kita belajar masa di sekolah dahulu mencukupi untuk kita memahami agama. Jarang kita cuba menambah ilmu selepas “graduate”. Jarang kita memaksa diri untuk menuntut ilmu dengan cara mendengar ceramah, membaca buku dan berdiskusi jika tidak dipaksa oleh “majikan” dan “peperiksaan”.

Ya Allah, anugerahkanlah kami ilmu yang bermanafaaat…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: