Lupa


Subuh hari ini, baru baca 2 ayat dari surah Al-Hasyr dalam solat, tiba-tiba tidak dapat menyambung dengan ayat seterusnya. Sedangkan surah tersebut biasa di baca dalam solat. Ingatlah wahai diri, bahawa Al-Quran itu kalam Allah. Jangan sekali kita merasa kita telah menguasai membaca dan menghafalnya. Walau sependek mana pun surah atau ayat tersebut.

Allah yang mengizinkan kita untuk membaca dan mengingati bacaannya. Kiranya Allah tidak izinkan maka kita tak mampu apa-apa pun. Cuma yang perlu kita berusaha sebaik mungkin untuk membaca dan menghafalnya. Persoalannya cukupkah apa yang kita usahakan selama ini? Berapa banyak masa telah kita peruntukkan untuk membaca,menghafal dan mentadabbur Al-Quran?.

Muhasabah juga wahai diri, berapa banyak dosa-dosa mu sehingga Allah hijabkan kamu dari mengingati ayat-ayat Nya.

Ya Allah, ingatkan lah aku bila aku lupa, ajarlah aku bila aku jahil …..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: