1 Januari


1 Januari 2010 adalah hari cuti. Ada beza ke dengan 2,3,4 Januari bagi umat Islam. Perlu kah kita meraikannya…… bolehkah kita meraikannya? Jawapan yang hendak diberi mesti berlandas agama kita, bukan ikut akal semata-mata.

1 Januari sekadar tarikh menandakan masuk tahun baru masehi. Kita perlu dan terpaksa tahu sebab seluruh dunia menggunakan kalendar masihi disampingada yang menggunakan kalendar lain seperti kalender Cina dan kalendar hijrah. Kita terpaksa ambil tahu, jika tidak kita akan menghadapi banyak masalah dalam hidup kita di dunia ini.

Cuma kita tak perlu dan tak patut untuk meraikannya. Tak patut cuti pun. Tak patut beri ucapan tahniah pun. Tak patut beri ucapan kepada rakyat pun.

Sebagai seorang Islam kita jangan terperangkap dalam jerangkap orang kafir yang cuba menghasut kita meraikan kalendar mereka. Lihatlah majlis yang dianjurkan untuk meraikan 1 Januari di mana-mana pun, semuanya tidak sesuai dengan budaya orang beriman, walau pun yang menganjurkannya seorang yang mengaku Islam. Semuanya sekadar aktiviti hiburan yang melalaikan, menyesatkan dan melupakan orang pada Allah swt.

Yang pasti masuk 1januari bermaksud bertmabah sehari umur kita dari semalam…..dan semakin dekat kita dengan kematian. Bertambahkah amal kita di banding semalam?

Ya Allah, jadikan kehidupan ini sebagai tempat untuk kami berbuat kebaikan, dan kematian kami sebagai istirehat kami dari segala kejahatan. Amin…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: