PILIHAN HATI


Setiap hari kita perlu membuat banyak pilihan. Boleh di katakan dalam setiap jam pasti ada beberapa pilihan yang kita perlu lakukan. Selagi kita hidup, dan akal kita sihat kita memang perlu membuat pilihan. Kadang-kadang kita perlu membuat satu dari dua, tiga atau empat pilihan. Tetapi biasanya kita hanya perlu memilih satu dari dua pilihan.

Membuat keputusan atau membuat pilihan ini adakalanya mudah dan adakalanya agak rumit. Yang pasti kita mesti dipertanggungjawabkan atas apa keputusan yang kita buat. Bila kita telah membuat pilihan kita mesti menerima akibat dari pilihan yang telah kita buat. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain. Sekali-kali jangan kita salahkan “takdir” atas akibat dari pilihan yang kita buat.

Oleh sebab itu sebelum membuat apa jua pilihan kita hendaklah berfikir dengan mendalam, membuat penilaian sebaik mungkin dan mengambil kira faktor-faktor lain yang mungkin ada kaitan dengan pilihan kita.

Yang paling penting tetapi amat jarang kita laksanakankan ialah melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah setiap hari bagi memastikan apa juga pilihan yang kita buat hari itu adalah baik untuk kita di dunia dan di akhirat. Tanda lemahnya iman kita…….

Ya Allah, tunjukkanlah kami bersama orang yang telah Engkau beri petunjuk..Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: