Lapar


Terasa lapar pula waktu ini. Belum makan malam lagi. Sebaiknya kita dianjurkan tidak makan terlalu lewat malam. Lebih bagus makan sebelum maghrib. Tapi sukar sangat nak disiplinkan diri makan lebih awal. Ada sahaja alasan yang menghalang untuk melakukannya. Alasan……

Macam perkara-perkara lain juga. Kita sering mencari alasan untuk “membenarkan ” tindakan kita. Contohnya si ibu sering melewatkan solat dengan alasan melayan karenah anak kecil. Tak boleh tinggalkan sekejap nanti dia menangis. Contoh lain, pengawal keselamatan sukar nak solat waktu bertugas sebab mesti sentiasa berada di pintu pagar.

Tapi bila sakit perut atau ingin ke tandas, boleh pula ditinggalkan sebentar semua tugas tadi. Tak ada pun di tangguhkan “kerja” ke tandas tersebut. Hilang segala alasan yang di beri sewaktu melewat atau meningglkan solat.

Sebenarnya, ia soal iman dan hati kita dengan Allah swt. Mulut boleh beri banyak alasan. Cuba tanya hati kecil kita..

Ya Allah, pimpinlah kami bersama-sama orang yang Engkau pimpin…. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: