Maha Penyayang


Sebagai hamba Allah , kita mesti melaksanakan segala yang difardhukan ke atas kita. Suka atau tidak suka. Yang ikhlas dan redha dengan apa yang Allah tetapkan, itulah yang beruntung dan berjaya. Berjaya di dunia dan akhirat.

Tapi ada juga yang mempersoalkan apa untung kita di dunia jika kita melakukan ibadah-ibadah seperti solat? Sebab kata mereka pahala solat itu hanya Allah balas di akhirat sahaja.

Soalan ini timbul sebab yang bertanya tidak memahami hakikat ibadat yang di fardhukan Allah itu bukan sekadar untuk ganjaran di akhirat sahaja, tetapi juga untuk kebaikan hidup di dunia ini. Mereka tak memahami sifat ‘Rahman’ dan ‘Rahim’ Allah swt.

Mustahil dengan sifat pengasih dan penyayang Allah, Dia menangguhkan sagala ganjaran dari ketaatan yang kita lakukan dan hanya membalasnya di akhirat sahaja. Yakinlah setiap ketaatan dan ibadah yang kita lakukan adalah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Allah yang Maha Penyayang itu memberi kita ganjaran semasa kita di dunia ini lagi di samping akan memberi ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.

Ya Allah, palingkanlah kami dari azab neraka jahannam, kerana sesungguhnya ia sehodoh-hodoh tempat ketetapan dan tempat tinggal. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: