Anak…..


Malam tadi selepas solat Isya’, saya di datangi oleh seorang musafir untu meminta sedikit bantuan. Ceritanya, dia telah menghantar setiap bulan RM 500 kepada anaknya yang menetap di sekitar masjid disini dan belajar di UNISEL.

Malangnya apabila beliau membuat semakkan di UNISEL nama anaknya tidak terdapat pun di senarai pelajar di UNISEL sejak 2007. Sedangkan anaknya mengaku belajar di situ dan kerap balik bila cuti. Anaknya juga mengaku mendapat keputusan yang baik sepanjang pengajian di UNISEL.

Itulah diantara kisahnya. Menyedihkan juga melihat tindakan yang di buat oleh si anak terhadap ibu bapa sendiri. Mungkin kita boleh mengambil sedikit pengajaran dari kisah tersebut, supaya sentiasa berwaspada terhadap anak-anak kita. Bukan bersangka buruk terhadap anak sendiri, tetapi berhati-hati walau pun di hadapan kita dia menunjukkan sikap atau akhlak yang baik selama ini.

Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah swt.

Ya Allah, Kurniakanlah kami zuriat keturunan penenang hati dan penyejuk mata…. amin

2 responses to this post.

  1. Posted by norsuhainy on Januari 22, 2010 at 10:49 am

    kesiannya si ayah itu…tergamak anak menipunya..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: