Mengarah


Kemahiran mengarah nampak mudah. Tapi bukan mudah yang di sangka. Macam juga memberi teguran dan nasihat. Orang yang mahir mengarah, bila dia memberi arahan kita mudah melaksanakannya. Tak terasa pun. Walaupun tugas tu agak berat.

Tapi kalau arahan itu datang dari orang yang tidak mahir, kerja yang sebenarnya ringan, terasa sukar untuk dilaksanakan. Macam-macam alasan yang cuba kita berikan untuk mengelak dari melakukannya. Kadang-kadang mula datang rasa tidak ikhlas untuk melaksanakannya. Rasa yang membawa kehancuran dan merugikan kita dunia dan akhirat.

Ada orang memang semulajadi dia memang mahir memberi arahan. Tapi ramai yang mahir berdasarkan latihan yang berterusan dan pengalaman. Apa juga perkara jika kita lakukan secara berulang kali, lama- kelamaan pasti kita akan bertambah mahir melakukannya.

Solat pun begitu. Kalau dari kecil kita di biasakan dengan solat, walaupun sukar untuk mendapat khusyuk, tapi bila kita bertambah dewasa, ilmu kita semakin bertambah, umur kita semakin menigkat insyaAllah solat kita akan semakin khusyuk.

Ya Allah, anugerahkanlah kami ilmu yang bermanafaat…..amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: