Wuduk 1


Kita sememangnya di galakkan sentiasa berada dalam wuduk oleh Rasulullah saw. Orang yang mati dalam keadaan berwuduk akan diberi pahala seperi mati syahid.

Tapi biasanya kita hanya berwuduk bila kita ingin mendirikan solat sahaja. Jarang sekali kita mampu memelihara wuduk kita. Ada orang tak kisah pun dengan wuduk ini, sehingga menganggapnya sebagai perkara kecil sahaja. Sekali pandang memang nampak macam perkara kecil.

Tetapi kalau kita fikir-fikirkan, terlalu besar hikmah jika kita sentiasa berada dalam wuduk. Diantaranya kita lebih mudah untuk mendirikan solat sunat seperti solat dhuha, lebih mudah untuk membaca dan memegang Al Quran dan seterusnaya lebih mudah untuk kita ingat Allah swt. Kita juga akan lebih menjaga diri kita daripada melakukan dosa-dosa sebab kita sedar kita dalam keadaan wuduk. Kita juga akan sentiasa memelihara diri kita dan pakaian kita dari terkena najis

Kalau kita memang berniat untuk sentiasa memelihara wuduk kita, biasanya kita juga akan menjaga pemakanan kita, sebab bimbang jika tersalah makan, wuduk kita mudah batal.

Diantara permasaalahan besar untuk kita sentiasa dalam berwuduk ialah fesyen pakaian kita sekarang ini yang menjadikan kita sukar untuk memperbaharui wuduk kita. Lebih-lebih lagi orang perempuan …

Tapi kalau di fikirkan balik kelebihan berwuduk, itu cuma…..alasan kita saja.

Ya Allah jadikan kami dari orang yang bertaubat dan jadikan kami orang yang menyucikan diri. Amin

2 responses to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 18, 2010 at 11:42 am

    dah lama amalkan berwuduk sblm tidur. baru naik karil cik abe dah pegang terus batal!

    Balas

  2. Posted by zawawi yusoff on Januari 26, 2010 at 12:08 pm

    thankss.insyaallah akan amalkan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: