Hijrah


Kita sudah berada di penghujung Muharram 1431. Bulan muharram ini banyak masjid mengadakan majlis sambutan maal hijrah. Kebanyakkan masjid telah pun mengadakan ceramah tentang hijrah Rasulullah saw.

Masjid atau surau yang jarang di penuhi oleh para jemaah pada hari-hari biasa, biasanya akan di penuhi pada malam ceramah ini. Biasanya kalau kuliah pengajian biasa tak ramai yang hadir, tetapi bila majlis seperti ceramah ini diadakan ramai yang hadir. Mungkin sebab tak selalu diadakan. Dan biasanya penceramah yang di datangkan pun hebat-hebat.

Biasanya jemaah juga di sediakan jamuan makan selepas ceramah. Menjamu makan ini sebenarnya sunnah Nabi. Nabi saw juga pernah menjemput pakcik dan saudaranya kali pertama untuk menyampaikan Islam. Walaupun tak berjaya menyampaikan Islam, sebab dihalang oleh pak cik nya oleh Abu Lahab, Nabi saw mengadakan majlis makan kali kedua yang akhirnya baginda memberi ucapan dan menyeru saudara terdekat baginda kepada Islam.

Jadi amat baik untuk diteruskan majlis-majlis ceramah yang di sediakan sekali jamuan makan. Ii bagi menarik minat jemaah untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan. Seterusnya dapat mendekatkan umat dengan masjid.

Ya Allah, Kurnikan kan Kami cinta Mu, cinta mereka yang mencintai Mu, dan amalan yang mendekatkan kami kepada cinta Mu, amin

2 responses to this post.

  1. Posted by norsuhainy on Januari 22, 2010 at 10:55 am

    pernah terdengar suatu ketika semasa hendak ke surau, ada jemaah yg mahu ke surau berkata ‘ makanan yg disedia surau hari ini sedap,ada org kaya bersedekah,rugi kalau tak pergi’—saya terfikir,org itu pergi ke surau bukan setakat mahu berjemaah tp krn seleranya dia nk mkn di surau(x perlu masak di rumah,FOC)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s