Fitrah


Bila kita rasa lapar,kita makan, bila dahaga kita minum, bila sedih kadang-kadang kita menangis, bila mengantuk kita tidur, bila gembira kadang-kadang kita senyum sendiri dan kadang-kadang kita ketawa.

Itulah diantara fitrah manusia yang telah di tetapkan oleh Allah. Telah sedia ada tindakbalas tertentu terhadap tindakan yang tertentu.

Malangnya tindakbalas itu biasanya berlaku bila melibatkan kepentingan individu sahaja. Tetapi bila melibatkan kepentingan Agama, iaitu tatkala agama di cerca, Rasulullah di hina, hukum Allah di persenda tidak ramai yang cepat bertindakbalas menyatakan bantahan.

Umat telah hilang sensitiviti bila perkara tersebut tidak melibatkan diri masing-masing. Lihatlah, bila terjadi malapetaka di tempat lain, mereka tidak pun terasa apa-apa. Tidak dapat mengaitkan sesuatu kejadian tersebut sebagai tanda kebesaran Allah swt. Tidak mahu ia di katakan sebagai amaran atas keingkaran manusia kepada Allah swt.

Mereka menyatakan bahawa ia kejadian alam semulajadi. Dan mereka tidak mahu di kaitkan perkara tersebut dengan agama, walaupun fitrah mereka, dan hati kecil mereka sebenarnya tidak dapat menafikan perkara tersebut.

Ya Allah kurniakan kami iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak mengharap selain dari Engkau sahaja. Amin…

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 18, 2010 at 11:55 am

    bila geram aku amik makanan dan kunyah dgn geram. tak dapat kerjakan orang aku kerjakan makanan dalam mulut…hancur dan senang dihazam oleh perut.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: