Jawatan


Jawatan adalah amanah Allah. Sebab itu kita jangan minta jawatan, kecuali kita rasa kita sanggup berkorban bagi melaksanakan amanah jawatan tersebut. Yang pasti kita akan di soal tentang amanah yang kita tanggung di akhirat kelak.

Jawatan dan pangkat adalah pinjaman sahaja. Hari ini kita dapat sesuatu jawatan, akan datang kita mungkin di pecat bila prestasi kita tidak mencapai tahap yang di kehendaki. Mungkin juga kita akan di naikkan pangkat bila prestasi kita “menakjubkan”.

Jawatan ini juga pinjaman sahaja. Hari ini Allah beri kita jawatan atau kuasa, dan suatu hari nanti Allah ambil balik. Ibarat nyawa kita juga, Allah ambil bila sampai masanya. Kalau umur kita panjang mungkin kita mati selepasa melelpaskan jawatan. Tetapi kalau umur kita pendek mungkin nyawa di ambil dahulu sebelum jawatan kita. Apa pun situasinya, kita pasti berpisah dengan jawatan kita setinggi manapun ia.

Sebab itu,bila kita kehilangan jawatan atau pangkat kita jangan bersedih sangat. Banyak hikmahnya yang kita tak tahu. Allah Maha mengetahui. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfudz. Kita perlu bersedia untuk kehilangan jawatan dan pangkat. Kita juga mesti lebih bersiap sedia untuk kehilangan nyawa kita. Iaitu untuk mati yang telah pasti.

Ya Allah, Engkau yang Maha Berkuasa, Engkau beri kuasa kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kuasa dari sesiapa yang Engkau kehendaki

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 19, 2010 at 11:52 am

    Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Apabila menerima sesuatu jawatan bermakna kita memikul satu tangungjawab dan memegang amanah. Laksanakan tugas dan tanggungjawab sekadar yang termampu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza but for me…Family first.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: