“Cah Keting”


Kebelakangan ini sibuk isu cah keting dalam akhbar harian. Jatuh-menjatuh atau cah keting adalah perkara biasa dalam organisasi samada dalam jabatan kerajaan, NGO,atau badan swasta. Dalam jawatankuasa masjid pun banyak berlaku.

Selagi manusia bernama manusia dan kekal sifat sebagai manusia, perkara ini sukar di elakkan. Sentiasa ada orang yang akan tidak berpuas hati dalam organisasi. Rasa tidak puas hati ini jika di layan akan berterusan menjadi kerja jatuh menjatuh.

Merasakan diri lebih bagus dan hebat dari orang lain menjadikan perkara ini semakin menjadi-jadi. Merasakan pemikiran kita lebih bagus dari orang lain, menyebabkan kita akan merasakan jawatan itu lebih baik kita yang pegang.

Di tambah dengan gila ‘glamour’, gila pujian dan gila pangkat manusia hilang pertimbangan dan sanggup menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Apatah lagi bila jawatan itu boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.

Benteng diri dari perkara ini hanya keimanan kepada Allah swt. Sering muhasabah diri, akui kelemahan diri, kurangkan hanya memikirkan kelemahan dan kesalahan orang lain, cuba cari dan akui kehebatan orang laindapat membantu kita mengelakkan diri dari “cah keting”.

Tiada manusia hebat dalam semua perkara. Tiada manusia lemah dalam semua perkara.

Ya Allah, hanya kepada Mu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan…amin

7 responses to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 20, 2010 at 8:54 am

    aku tak gila jawatan tapi gila nombor 48, 52,54…58 pencen kalau umur panjang.

    Balas

  2. Posted by yatirahman on Januari 20, 2010 at 8:56 am

    satu lagi aku gila p2

    Balas

  3. Aku lak gila RM je Nan, gila pangkat aku tak nak, tapi RM120 aku tak main, aku nak USD120,00..ha..ha

    Balas

  4. Posted by azmin osman on Januari 22, 2010 at 9:41 am

    APA KATA KAU MAAF KAN JE LA… SEMOGA HATI KITA BERKURANGAN TITIK2 HITAM….. SEDANG KAN NABI AMPUN KAN UMAT NYE…. WALAU PUN KITA BUKAN NABI TAPI KITA PEWARIS NABI…

    Balas

  5. Posted by sabran on Februari 2, 2010 at 8:54 am

    sejak ketiadaan akau disana……macam2 hal korang ni….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: