Maruah


Kenapa kita sukar mengakui kesalahan kita? Sebab kita ada maruah. Kita perlu jaga air muka kita. Kita rasa biarlah kita cuba menutup kesalahan kita, sehingga terpaksa berbohong asalkan kita dapat mempertahankan diri kita dan menyembunyikan kesalahan kita.

Kita fikir orang tak akan tahu kesalahan kita selama-lamanya. Dan kita anggap dengan cara itu kita lebih selamat dan maruah kita terpelihara. Maka kita pun terus menafikan kesalahan kita sedaya upaya kita.

Persoalannya, benarkah tanggapan kita itu? Biasanya salah. Kejadian sebaliknya akan berlaku. Dan akhirnya kita akan lebih malu lagi. Orang lain berdiam diri dan tersenyum bukan bermaksud dia tidak tahu kesalahan yang telah kita buat. Cuma membiarkan ‘masa’ mendedahkan segalanya. Mungkin masa kita hidup, atau pun setelah kita mati, atau selepas kita di bangkitkan semula.

Yakinlah Allah itu Maha Adil. Allah yang adil itu tidak akan membiarkan kezaliman berleluasa terlalu lama.

Ya Allah, ke atas engkau kami berserah kepada Engkau kami bertaubat dan kepada Engkau kami kembali…amin

4 responses to this post.

  1. Posted by ahmad on Januari 21, 2010 at 10:08 pm

    Salam…semoga doa itu dimakbul tuhan..kerana doa orang yang dizalimi pasti dimakbulkan..Allah itu maha adil…pastinya Allah akan tentukan kebenarannya , kita belum tersungkur, kita masih memiliki, kita masih ada kawan2 yang menyokong usahlah kesedihan kita menutupi pahala yang bakal dikurniakan Allah swt kepada yang diuji..ingat orang selalu teruji adalah orang yang lebih dikasihi Rabbul Jalil…ingatlah pada siapa pun sangkaan kita pasti tidak menenangkan hati kita….siapakah tangan2 ghaib itu, siapakah yang menjadi pemain catur itu? sudah tentu sudah tentu senarainya sudah ada dalam fikiran kita? tapi itukah kebenarannya…YA Allah tenangkan hati saudaraku dan kurniakanlah baginya nikmat yang lebih besar diatas segala ujian ke atasnya…KADANG2 AKU JUGA TERFIKIR KENAPA AKU YANG TERLEPAS DARI PERCATURAN INI…SEBENARNYA AKU JUGA SUDAH LETIH DENGAN KEHIDUPAN DI SMTKS INI KRN TAK HABIS2 DGN KONTROVERSI…INSYAALLAH ANDAINYA AKU ADA PELUANG UNTUK KELUAR DARI SINI PASTINYA AKU AKAN KELUAR…BELASAN TAHUN MEMENDAM RASA DI SINI TERASA JUGA KELETIHAN..YA ALLAH KURNIAKAN KEKUATAN UNTUK KU TERUS KEHIDUPAN DISINI YANG PENUH DENGAN TOHMAH DAN MEHNAH.. AKU JUGA MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH SEMOGA KEBENARAN DAN KEZALIMAN TERSERLAH JUGA AKHIRNYA…AMIN

    Balas

  2. Posted by azmin osman on Januari 22, 2010 at 9:36 am

    TAKBIRRRR……TAKBIRRRRR

    Balas

  3. Kenapa semua orang sedih dan gundah gulana ni…… dah lumrah roda kehidupan, sentiasa ada naik turun..tabahkan hati, fikirkan matlamat kita dan…BE HAPPY!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s