Mati dan Mangkat


Baru terdengar tentang kematian seorang ternama dan berkuasa di selatan . Moga ruhnya diampun Allah swt. Kita bila? Boleh bangun ke esok pagi ni? Belum tentu lagi. Tapi banyak yang belum selesai, hutang macam mana? Kesalahan mengumpat dan mengutuk orang macam mana? Ibadah yang terabai macam mana? Solat, puasa, haji, zakat,?

Orang miskin, kaya, pangkat besar, kecil, hamba, rakyat jelata, raja, sultan, semua ada yang telah pergi meninggalkan dunia ini. Semua pergi tak bawa apa-apa pun samaada mereka kaya atau miskin. Hanya kain putih mmembalut badan. Yang lain tinggal ….. amalan sahaja yang mengikut kita.

Tapi mengapa kita tak penat-penat mengumpul harta, mengejar pangkat, membina mahligai, mencari glamour, melayan nafsu?

Mengapa sukar sangat sujud kepada Allah? Mengapa berat sangat kaki melangkah ke masjid? Mengapa berat sangat menghulur sedekah?

Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini? Lama sangatkah kita di sini sampai menggila dunia mengalahkan orang gila?

Muhasabahlah wahai diri, mungkin ini cetusan hati terakhirmu sebelum pergi mengadap Ilahi.

Ya Allah, didiklah nafsuku untuk mencintai Mu, dan sentiasa merasai bersama dengan Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: