Bernafas


Bernafas lagi kita hari ini. Alhamdulillah. Percuma saja Oksigen yang kita sedut semasa jaga dan semasa tidur. Tak ada bil yang menagih setiap bulan seperti bil air dan macam-macam bil lagi. Tak perlu risau tak cukup wang nak bayar bil oksigen.

Tapi ada yang perlu kita risau, iaitu andaikata kita mati semalam, bagaimana kita di dalam kubur sekarang. Adakah kubur kita menjadi taman syurga untuk kita atau telah menjadi satu dari lubang neraka untuk kita hari ini.

Kalau kita mati semalam, adakah hutang-hutang kita dapat di langsaikan oleh anak isteri atau saudara-saudara kita? Tahu dan mahukah mereka melangsaikannya?

Kalau kita mati semalam, adakah kita sudah terlepas dari dosa kita kepada manusia lain? Dosa mengumpat, dosa menipu, menganiaya, menzalimi dan sebagainya?

Kalau kita mati semalam, mahukah zuriat-zuriat kita mendoakan kita supaya kita bahagia di dalam kubur hari ini? Tahukah dia ?

Kalau kita mati semalam, siapa nak buat upah haji untuk kita? Sanggupkah mereka ? Adakah telah disediakan wasiat dan wang untuk itu?

Kalau kita mati semalam, adakah zuriat kita hari ini tidak berkelahi merebut harta yang kita tinggalkan? Walau pun tak banya mana pun.

Syukur, kita masih hidup hari ini. Allah bagi peluang lagi pada kita untuk bersedia dan bertaubat. Tapi sampai bila. Aku pun tak tahuuuuuu.

Ya Allah, jadikanlah kubur kami sebagai salah satu dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ia sebagai satu dari lubng neraka …amina

4 responses to this post.

  1. Posted by zawawi yusoff on Januari 26, 2010 at 12:22 pm

    hmmmm…memikirkan mati…semua kemeriahan dan ketakjuban kita pada dunia layu seketika kerana kita juga tahu kita akan mati….takut,sedih….takut untuk menuju ke sana yang kekal abadi,…neraka atau syurga,………..takut belum bersedia dan sememangnya belum sedia.

    Balas

  2. Assalamualaikum tuan haji, banyak persoalan ni tuan haji. berapa jam nak kena jawab soalan ni..hehehe..

    Balas

  3. Posted by yatirahman on Januari 28, 2010 at 11:37 am

    Tn hj, orang yang dok kondo tu makin tinggi kondo makin mahal harganya sebab bayar oksigen. makin tinggi udara main bersih dan oksigen makin banyak. so sekarang tak leh nak kata oksigen tu free lagi sebab ada orang yang bayar untuk oksigen. yg kat icu hospital pun kena byr oksigen dan satu lg yg guna beyond water tu pun byr oksigen juga (termasuk le tn hj..he3)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: