Kematian..


Hari ini dapat berita sedih, kematian isteri kepada rakan baik semasa bertugas di sibu. Terkejut juga sebab isterinya masih muda. Berat juga tanggungannya selepas ini sebab terpaksa menguruskan tujuh orang anak sendirian.

Ujian Allah untuknya datang tanpa terduga. Begitu juga kita. Apa pun perancangan kita, sebaik dan sehebat mana strategi kita, ingatlah bahawa keputusan akhir adalah di tentukan oleh Allah swt. Kita hanya boleh mentadbir, tetapi kita tak dapat menolak takdir Allah swt.

Sebenarnya setiapa masa kita diuji oleh Allah swt, bezanya samada ujian itu kecil atau besar. Ujian yang kecil yang sudah biasa kita harungi hingga tak terasa ia ujian Allah swt. Tapi bila ujian yang datang itu agak berat barulah kita terasa Allah sedang menguji kita.

Tapi Allah sayangkan kita. Dalam sentiasa menguji kita, Allah perintahkan kita supaya solat. Solat itu maksudnya doa. Ertinya Allah suruh kita bermohon padanya untuk membantu kita menghadapi ujian tersebut. Hakikatnya hanya Allah yang boleh membantu kita menghadapi ujian tersebut walau apa pun usaha yang kita buat. Berusaha semampu boleh, berdoa dan bertawakkalllah kepada Allah.

Maksud firman Allah dalam Al Quran,
“Minta tolonglah ( kepada Allah) dengan sabar dan solat”
(Al Bagarah 153).

Semua ujian itu hadir dengan izin Allah swt. Penyelesaiannya hanya dengan cara memohon pada Allah dan bersabarlah wahai diri menunggu perolongan Allah.

Ya Allah, jangan kau uji kami dengan beban yang tak mampu kami tanggung ….amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 28, 2010 at 11:43 am

    Bila sebut pasal mati…oh barulah sedar diri (Ya Allah takutnya). Sebab itu kita perlu mengingati mati setiap hari agar kita sentiasa muhasabah diri

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: