Perancangan Strategi


Kebelakangan ini banyak organisasi yang menekankan ‘perancangan strategi’ bagi memaksimakan keuntungan atau mencapai matlamat organisasi. Usaha yang baik ini biasanya memang akan mendatangkan kebaikan atau menambahkan keuntungan. Itulah hukum atau fitrah kejadian alam ini.

Mereka yang berusaha lebih akan dapat lebih. Biasanya begitu. Cuma dalam kes-kes terpencil, dengan kehendak dan izin Allah bagi insan-insan yang terpilih akan berlaku sebaliknya.

Ironinya, ‘perancangan strategi’ ini tidak berlaku dalam usaha untuk kita meningkatkan kualiti hubungan kita dengan Allah swt. Jarang berlaku kita membuat ‘perancangan strategi’ untuk menambah ilmu fardhu ain atau solat kita.

Walau pun kita tahu susah sangat nak khusyuk bila solat, tapi apa perancangan kita untuk memgatasinya? Berapa banyak buku yang kita beli dan baca untuk meningkatkan kefahaman kita tentang khusyuk dalam solat? Berapa banyak guru kita untuk meningkatkan kefahaman kita tentang solat?

Bagaimana bacaan Al-fatihah? Masih seperti kita belajar seperti di sekolah rendah dahulu? Tak terasa pelikkah kita bila kita bila di bandingkan dengan bacaan orang lain?

Tapi mengapa kita tak buat “perancangan strategi” untuk mengatasi masalah ini? Mungkin kita tak rasa penting walau pun ia untuk akhirat kita. Untuk hidup yang tiada mati lagi.

Ya Allah, jadikan kami dari dari golongan yang memelihara solat kami…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 29, 2010 at 8:41 pm

    betui3. sebab tu kawe selalu tanya tn hj byk perkara yg x tau. wpun lo ni tn hj makin jauh dari bilik guru tp tetap ku kejar demi tambahkan ilmu fardhu ain n solat

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: