Mati di pintu bilik


Hidup ini ujian. Allah ciptakan kita, untuk menguji kita. Sebab itu sepanjang hidup kita di muka bumi ini adalah untuk menerima ujian daripada Allah. Bermacam bentuk ujian. Ada yang kecil dan ada yang besar.

Sebenarnya kita sentiasa dalam ujian Allah selagi kita hidup di dunia ini. Samada kita bersendiri atau bersama orang lain, samada sewaktu berehat atau bekerja, samada sedang bermusafir atau bermukim, samada sedang dalam nikmat atau musibah sebenarnya kita sedang diuji. Cuma bila ujian itu kecil dan telah biasa kita hadapi, kita tak terasa ia ujian dari Allah swt.

Contohnya ujian untuk bangun awal untuk solat subuh pada hari ahad (cuti), bagi yang telah biasa melakukannya, tak terasa pun ia satu ujian Allah. Tapi bagi yang memang gemar tidur hingga matahari tegak bila ada peluang, maka ia satu ujian yang cukup berat. Nak mengangkat selimut yang ringan itu pun tak mampu walau pun sering melakukan senaman “angkat berat”.

Sebab itu para ulama dahulu pernah berkata, kalau mereka diberi pilihan untuk “mati di pintu bilik sebagai seorang Islam” atau “mati di pintu rumah sebagai seorang syuhada”, mereka memilih untuk mati dipintu bilik. Kenapa? Sebab bimbang tidak tahan di uji semasa berjalan dari pintu bilik ke pintu rumah, sehingga berkemungkinan iman mereka berubah ketika itu, hingga mati sebagai Islam pun tak dapat.

Begitu berhati-hatinya mereka kerana sedar tidak siapa dapat menduga tentang bentuk ujian yang diberi oleh Allah swt. Hati kita ini mudah di bolak balikkan oleh pemilik hati yang sebenarnya.

Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami diatas agama Mu…..amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Januari 29, 2010 at 8:44 pm

    x faham ayat terakhir tn hj. nanti jmpa leh explain

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: