Jodoh


Pagi tadi ini mengikut rombangan pertunangan sepupu yang berumur 20an di Parit Serong. Keputusannya pernikahan akan dilangsungkan pada mac ini. Alhamdulillah tempoh yang pendek. Di doakan moga berjaya ke gerbang perkahwinan secepat mungkin.

Petang tadi pula bertemu dengan seorang rakan sekolah rendah di sebuah kedai. Rupanya beliah belum bertemu jodoh lagi. Mungkin dalam masa terdekat akan menamatkan zaman bujangnya.

Begitulah ketentuan Allah. Walau pun kita tahu bahawa perkahwinan itu satu sunnah Nabi saw, dan amat di galakkan, tetapi ramai juga yang sukar bertemu jodoh atau tidak bertemu jodoh sehingga akhir hayat mereka. Janganlah kita menyindir dan menyakitkan hati mereka. Kita kena sedar semua itu ketetapan Allah.

Kita boleh memberi dorongan dan boleh membantu mereka untuk mendapatkan jodoh tetapi ingatlah bahawa keputusan akhirnya di tangan Allah. Seperti juga perkara-perkara lain. Allah melihat proses kerja kita, bukan hasilnya. Kejayaan atau kegagalannya itu adalah anugerah Allah swt. Pahala di beri atas kesungguhan kerja bukan gagal atau berjaya. Berjaya atau gagal ada hikmahnya.

Ya Allah, jadikan kami insan yang redha atas segala pemberian Mu…amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: