Masak Gulai


Zaman ini ramai yang bekerja suami isteri bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin banyak. Kalau isteri tak bekerja rasanya macam tak cukup saja perbelanjaan rumahtangga. Mungkin persepsi saja bagi sesetengah orang,tetapi memang realiti bagi sesetengah orang lain pula.

Apa pun alasannya gaya hidup moden ini telah menyebabkan ramai ibu yang tak sempat memasakkan makanan untuk keluarga masing-masing kecuali hari cuti. Ramai yang makan di luar atau beli lauk pauk dan makan di rumah. Itu pun makan malam saja. Sarapan pagi dan makan tengah hari pandai-pandailah sendiri.

Kalau dulu, ibu-ibu kita berzikir dan berdoa semasa memasakkan makanan untuk keluarga tapi sekarang tak tahulah macam mana. Dulu sambil mengacau gulai mereka berdoa, supaya makanan yang di masak itu bila di makan oleh anak-anak akan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah.

Nasi yang ditanak pun di doakan supaya memberi kebaikan kepada anak-anak dan suami yang memakannya. Kesannya tidaklah banyak sangat masalah sosial yang melanda kita yang merupakan anak-anak mereka seperti yang melanda hari ini.

Jadi marilah kita teruskan usaha ibu-ibu dulu. Kita mampu mengubahnya, walau pun mungkin tidak sehebat mereka sebab jarang memasak.

Ya Allah, kurniakan kami zuriat-zuriat yang baik… amin

4 responses to this post.

  1. Tn Hj, betul tu, yg terbaik mmg dari air tangan ibu sendiri, walau pun tak sesedap mana masakannya dan simple2 je..aku tetap masak hari2 utk anak2 dan suami terchenta…tapi, aku terbalik sikit,.hari minggu pulak aku malas nak masak…sebab nak rilex makan kat luar dan jalan2…ok la tu kan? Masak ari2 pun penat weh..ibu mithali pun sekali sekala nak rehat gak…

    Balas

  2. wa ka ka ka…lulus la jugak….

    Balas

  3. Posted by yatirahman on Februari 3, 2010 at 10:07 pm

    aku lak makan kat luar sebab dah tak tau nak masak resepi apa. skali skala kat luar boleh cuba resepi baru dan lepas tu cuba pulak kat rumah. kira ibu mithali gred A lah ya!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: