Maintenance


Setiap jenis kenderaan perlu di servis bagi tempoh yang tertentu. Jika tidak ia mungkin menyebabkan kerosakkan yang bakal menyusahkan penggunanya. Semakin bernilai tinggi kenderaan tersebut semakin tinggi pula kos “maintenence” nya.

“Maintenance” kapal terbang lebih sukar dari maintenence lori. “Maintenance” kereta lebih tinggi kosnya dari maintenence motosikal. Setiap kenderaan tersebut biasanya di sediakan “manual” sebagai panduan untuk penjagaannya. Cara “maintenance” kereta BMW tak sama dengan Proton. Bergantung kepada syarikat pembuatnya.

Begitu juga kita manusia yang beriman (yang nilainya lebih tinggi dari segala “kenderaan’ atau mesin), telah di sediakan “manual’ oleh Pencipta kita supaya kita boleh “maintenance” diri kita seperti yang di kehendaki oleh Pencipta kita. Allah jadikan kita dengan menyediakan Al-Quran sebagai panduan atau ‘manual’ untuk kita mengikutnya.

Jadi, kita tiada pilihan lain sekiranya inginkan diri kita sentiasa dalam keadaan baik, di dunia dan akhirat, maka kita perlu mengikut apa yang di ajarkan di dalam Al-Quran, yang telah pun di huraikan oleh Rasulullah saw dan pewarisnya.

Kalau solat lima waktu pun masih tak sempurna lagi, bagaimana kita nak dapat kebaikan di dunia ini. Usah bicara tentang kebaikan diakhirat. Itu baru solat. Bagaimana dengan isi kandungan Al-Quran yang 30 juzuk itu? Fahamkah kita? Ada usahakah untuk belajar dan memahami isinya? Atau sekadar membacanya sahaja? Dari kecil sampai ke tua? Sampai mati?

Ya Allah, rahmatilah kami dengan AlQuran ….amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 3, 2010 at 10:11 pm

    baru habis syaamil Al Quran tu tn hj. ni baru nk mula tafsir ikut patah perkataan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: