Kuasa dan Pengaruh


Ramai orang mengejar pangkat untuk mendapat kuasa. Ada kuasa kononnya boleh menguasai orang lain. Ada kuasa boleh membuat perubahan besar. Boleh membuat penambahbaikan. Boleh melaksanakan apa yang selama ini ada dalam pemikiran.

Memang kuasa penting. Tidak boleh di nafikan. Kuasa politik contohnya, amat penting untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar. Untuk menegakkan undang-undang Allah swt.

Hijrah Rasulullah saw sebenarnya bukan kerana tidak tahan dengan tekananan kafir Mekah. Ia sebenarnya satu strategi berdasar wahyu Allah untuk membina kekuatan di Madinah kerana di Madinah kondisi lebih baik. Di sana Rasulullah saw di beri kuasa sehingga tertegaknya negara Islam yang pertama.

Tetapi kuasa saja tidak cukup. Peribadi Rasulullah saw yang terkenal dengan akhlak terpuji sejak baginda muda lagi menyebabkan baginda bukan sahaja berkuasa tetapi juga berpengaruh. Akhirnya baginda kembali ke Mekah dan menguasainya.

Gabungan kuasa dan pengaruh biasanya berjaya membina perubahan dan membuat pembaharuan. Orang yang berkuasa tetapi tidak berpengaruh biasanya kurang berjaya memimpin. Pengikut hanya takut dengan kuasanya sahaja. Menurut di hadapannya tetapi memprotes di belakang. Keikhlasan hilang dalam bekerja, yang menyebabkan tidak datang keberkatan.

Sebaliknya orang yang berpengaruh walau pun tidak berkuasa, biasanya akan berjaya dalam perjuangannya. Walau pun memakan masa. Selagi pengaruhnya ada ( disebabkan keperibadiannya) dan kerjanya seiring dengan syariatullah maka kejayaan akan bersama dengannya.

<em>Ya Allah, kurniakanlah kekuasan memerintah bumi Mu ini kepada hamba-hamba Mu yang bertaqwa….amin

3 responses to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 6, 2010 at 11:06 pm

    bagi aku pengaruh lagi penting dari kuasa. Tengok je DSAI dia tak ada kuasa tapi pengaruhnya besar dan hebat. tergugat orang yang berkuasa dengan pengaruh dia

    Balas

  2. Posted by norsuhainy on Februari 7, 2010 at 4:06 pm

    tiada ertinya jadi pengikut terhadap org yg berkuasa atau berpengaruh..
    bila2 masa bleh terancam…
    bg sue…buang2 waktu jd pengikut krn pastinya kene jd pengampu yg hebat,didesak,diarah2,disuruh2,diperintah2…
    sue ikut diri sue sendiri..suka ati la org nk kata apa…yg penting ‘asal sue bahagia’…hahaha…

    Balas

  3. Aku hanya suka kuasa dan pengaruh yang aku ada untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan hebat. Yang lain-lain kurang penting atau tak penting langsung bagi aku…tetapi kalau ada sesiapa yang terpengaruh dengan aku atas apa2 sebab ..kalau yang baik apa salahnya kan..kl yang tak baik… sorry..bukan salah aku eh..sapa suruh korang ikut dan terpengaruh? He..he..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: