Jamuan 2


Telah menjadi budaya orang melayu akan mengadakan jamuan makan bagi meraikan sesuatu peristiwa. Ada yang di namakan kenduri, majlis kesyukuran , majlis doa selamat, majlis perpisahan, parti hari jadi dan lain-lain lagi.

Menjamu tetamu memang di galakkan dalam Islam. Ia merpakan satu amalan yang terpuji. Bukan senang untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk mengadakan majlis tersebut jika ada sifat bakhil dalam diri. Bukan mudah untuk mengadakannya jika tidak sedia berkorban tenaga dan masa.

Sebab itu memenuhi jemputan adalah satu kewajipan seorang Muslim jika tidak ada halangan. Ketidakhadiran ke majlis yang telah di janjikan untuk hadir memberi kesan yang buruk kepada penganjur majlis. Mungkin majlis akan menjadi kurang meriah. Mungkin juga boleh menyebabkan pembaziran jika terlalu ramai yang tidak hadir. Mungkin boleh meregangkan hubungan persaudaraan kerana si penganjur kecil hati. Banyak kemungkinan.

Cuma bila kita menganjur apa juga jamuan biarlah ikhlas, bukan kerana menunjuk-menunjuk. Bukan sebab ada kepentingan peribadi atau mempromosi organisasi. Kerana Allah semata-mata. Merancanglah sebaik-baiknya supaya tidak ada pembaziran. Janganlah terlalu berwemah sangat dengan makanan sehingga tetamu pun tak tahu nak memilih makanan.

Biasanya dalam keluarga yang kecil pun kita sukar nak mengelakkan pembaziran, selalu ada saja makanan berlebihan yang terpaksa di buang saja. Inikan pula jamuan yang melibatkan orang ramai, jarang sangat tidak berlaku pembaziran.

Ingatlah wahai diri bahawa pembaziran itu saudara syaitan.

Ya Allah, jadikan kami hamba Mu yang sentiasa bersyukur atas apa saja kurniaan Mu…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 6, 2010 at 11:09 pm

    tadi anak2 murid kita kata makanannya sedap semasa jamuan asrama. nasi beriani, sate…berair mulut aku. Tapi aku rasa tak membazir kot malam tadi sebab cgu selalu tapau!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: