Titian Sirath


Setiap orang Islam mesti melalui titian sirath yang merentangi neraka menuju ke syurga. Orang-orang kafir akan terus di masukkan kedalam neraka tanpa melalui sirath kerana jelas kekafiranya. Orang Islam dan orang munafik akan melaluinya.

Halusnya sirath itu lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Ada yang melaluinya pantas seperti kilat. Ada yang selaju angin. Ada yang seperti terbang burung. Ada yang berlari laju seperi kuda. Ada yang tak boleh berdiri, sekadar merangkak saja. Perkara ini telah banyak di jelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadis-hadisnya.

Di bawah Sirath itu pula ada besi-besi pengait dan duri-duri yang sedia mengait kaki-kaki yang mealuinya untuk di humban ke neraka. Ramai yang terselamat dan ramai juga yang terhumban ke dalam NERAKA.

Berjayanya manusia melaluinya bukan di sebabkan mereka jaguh pecut 100m atau sebab mereka memiliki kenderaan hebat yang membawa mereka. Sebaliknya berdasarkan ketakwaan mereka kepada Allah swt. Berdasarkan amalan semasa di dunia.

Agaknya bagaimana keadaan kita sewaktu melaluinya nanti? Mampukah kita melepasinya jika kita ambil kira amalan kita sehingga hari ini? Bagaimana kalau kita mati malam ini?

Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami….amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 6, 2010 at 11:13 pm

    tulisan ko asyik berkisar tentang mati je. takut aku bila muhasabah diri tapi kita memang dituntut agar mengingati mati setiap hari

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: