Kecewa


Hidup ini diatur Allah swt. Walau pun kita juga ada ‘planing’ tapi yang akan terlaksana adalah apa yang Allah kehendaki.

Apabila kita sedar bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik dan akan terlaksana maka kurang rasa kecewa bila perancangan kita tak terlaksana.

Tapi jika kita rasa bahawa apa yang kita rancang itu yang terbaik, maka itu yang mnejadikan kita agak kecewa. Siapa kita yang hendak menentukan sesuatu itu terbaik untuk kita? Untuk jangka pendek mungkin ya. Tapi untuk jangka panjang, Allah lebih mengetahui.

Kalau kita imbas kembali peristiwa lama, pasti kita akan teringat peristiwa yang kita rasa kita agak kecewa bila ia berlaku dahulu, tetapi sekarang mungkin kita telah nampak hikmah mengapa ia berlaku. Rupanya apa yang kita harapkan berlaku dahulu, Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang kita harap dahulu. Cuma dhulu kita tak tahu dan kurang sedar tentang sifat Rahman dan Rahim Allah swt.

Sebab itu kita perlu redha dengan ketentuan Allah walau pun agak perit menanggungnya buat sektika. Keperitan itu pun ada pahalanya.

Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa ibu bapa ku…amin

2 responses to this post.

  1. Alhamdulillah…dalam banyak2 perkara dalam hidup aku, aku suka REDHA dan lepas tu, REDAH je..pasti ada penyelesaian yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui.

    Balas

  2. Posted by yatirahman on Februari 10, 2010 at 7:06 pm

    sokong padu tn. hj

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: