Rasa


Kita belajar dari kecil tentang sifat-sifat Allah. Ramai yang masih hafal sifat 20 yang diajar dahulu. Masih boleh ingat satu per satu. Sifat yang wajib dan sifat yang mustahil. Boleh di sebut dalam bahasa arab dan bahasa melayu semasa sekolah dahulu.

Pengetahuan kita tentang sifat Allah ini tidak cukup dengan belajar sifat 20 sahaja, sebaliknya kita di ajar tentang ‘Asmaul husna’. Sembilan puluh sembilan nama-nama Allah itu pun ramai yang boleh menghafalnya. Di lagukan pula dalam bentuk nasyid yang begitu seronok kita menyebutnya.

Maka terbukti kita memang mengetahui sifat-sifat Allah. Ramai yang marah kalau kita kata dia belum kenal Allah sebab dia telah belajar sifat 20 dan Asmaul husna.

Namun sebenarnya sedikit sahaja manusia yang benar-benar mengenal Allah. Kebanyakan manusia hanya ‘mengetahui’ tetapi tidak mengenali-Nya. Mengenal dan mengetahui itu jauh berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal.

Mengetahui hanya memahami, tetapi mengenali akan merasai. Kebanyakan kita sekadar mengetahui Allah Maha Melihat, tetapi tidak merasai Allah Maha Melihat. Justeru, kita masih berani dan tergamak melakukan kemungkaran walaupun kita tahu Allah Maha Melihat.

Kita tak rasa Allah Maha Mendengar,sebab itu kita jarang dapat berhenti mengumpat walau pun sekadar sehari dalam setahun.

Ya Allah, hindarkan kami dari perbuatan yang sia-sia…..amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: