Penghargaan


Menghargai khidmat , pertolongan atau pemberian orang lain memang di anjurkan Islam. Begitu juga dengan mengenang jasa mereka yang pernah berjasa memang sangat dituntut. Itu juga tanda terima kasih.

Sebaliknya, menghianati orang lain dalam apa juga bentuk memang amat dilarang. Berdosa.

Cuma bila kita menghargai orang lain atas jasanya, janganlah kita terfikir untuk mendapat penghargaan satu hari nanti seperti mana kita pernah memberi penghargaan dan penghormatan pada orang lain. Kalau itu terlintas di hati kita ertinya kita tidak ikhlas.

Sama juga apabila kita beri orang hadiah, janganlah kita harap satu hari nanti orang beri kita hadiah. Jangan fikir begitu sebab ia tanda kita tak ikhlas. Serahkan pada Allah.

Ikhlas ini sukar, tapi perlu . Sebab itu ramai dermawan yang menyembunyikan identiti diri mereka kerana takut rosak “ikhlas” mereka bila memberi.

Banyak kaedah untuk kita menyumbang tanpa mendedahkan identiti diri zaman ini. Contohnya, kita boleh “bank in” ke akaun-akaun maahad tahfiz yang memerlukan sumbangan kita (secara berkala) untuk terus memberi pendidikan agama yang agak di sisihkan oleh arus perdana. Besar pahalanya.

Ya Allah, hilangkan sifat bakhil dalam diri ini…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 10, 2010 at 7:10 pm

    teringat cerita labu labi…bakhil b. kedekut. ada yang ikhlas tapi jauhhhhh

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: