Duit


Bila kita berhenti kejar duit? Atau berhenti berfikir pasal duit? Berapa banyak masa kita sehari kita tumpukan untuk duit? Bila kita rasa duit kita macam dah cukup? Gaji naik tiapa tahun pun sentiasa rasa tak cukup.

Bangun pagi saja….terus fikir duit….kerja nak cari duit. Nak tidur pun terfikir pasal duit…duit belanja sekolah anak dan macam -macam lagi. Hujung bulan dapat duit tapi pegang sekejap saja sebab habis separuh untuk bayar kereta, rumah, pengasuh dan lain-lain.

Kesannya kita sentiasa rasa duit tak cukup. Walau pun sebenarnya ia cukup-cukup. Atau lebih dari cukup. Kita rasa tak cukup sebab kita jarang bersyukur. Kita juga berbelanja banyak pada barang yang tak perlu. Pakaian? Pembaziran makanan? Shopping berlebihan? Tukar handphone?

Dekorasi rumah? Hiasan kereta? Berapa banyak kita habiskan wang kita di situ saja. Kita selalu sangat terikut-ikut dengan orang lain. Apa orang lain ada kita pun hendak juga, walau pun bukan penting pun. Datang saja juru jual di tempat kerja , kita pun layan….akhirnya terpengaruh.

Cuba kita tukar stail belanja kita. Anggap gaji kita kecil seperti orang berpendapatan rendah. Mereka boleh hidup. Kita pun boleh hidup jika kita berbelanja dan berjimat seperti mereka. Kesannya kita mampu menyimpan…. dan akhirnya kita tak terfikir sangat untuk menambah pendapatan.

Kita perlu masa juga untuk perkara lain. Bila kita dapat berhenti berfikir pasal duit, hidup kita lebih tenang, solat juga lebih khusyuk Kita mula ada masa untuk menambah ilmu fardhu ain. ( bukan sambung belajar sebab nak tambah gaji). Hidup ni kejap je….

Ya Allah, hilangkanlah rasa cintakan dunia di dalam hati ku ini…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 17, 2010 at 10:18 pm

    duit duit di mana ko duit!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: