Dermawan


Biasanya bila kita lihat orang yang sanggup menderma dengan jumlah yang besar, kita kata pada diri kita kalau aku kaya nanti bolehlah aku menderma macam dia. Bila kita lihat orang susah kita pun terfikir, kalau aku ada duit banyak bolehlah aku tolong mereka. Bila kita masuk peraduan atau pertandingan yang menawarkan hadiah yang besar kita pun berjanji pada diri kita, kalau aku menang aku akan sedekahkan sebahagian hadiah kemenangan kepada orang lain.

Itulah sikap kebanyakkan orang. Termasuk kita. Bila kita lihat orang menderma dan kita cuba menafikan sifat bakhil yang ada pada kita dengan cara mencari alasan untuk membela diri kita. Syaitan pun cepat datang membantu membisikkan bahawa tindakan kita tu betul.

Dulu, masa kita masih belajar, belum bekerja, kita kata bila kita dapat kerja nanti kita akan jadi pemurah, akan menderma dan membantu orang lain. Tapi bila dah bergaji besar pun kita rasa duit itu cukup-cukup untuk keluarga kita sahaja. Sikap bakhil kita tetap tak berubah.

Hendak memberi lima ringgit seminggu sekali ke dalam tabung masjid pun kita berkira.. Sedangknn kita tahu kelebihan memberi dari menerima. Banyak sudah kita dengar tentang kelebihan bersedeqah dan memberi tapi kita tetap begitu juga. Entahlah…..bila kita ni nak berubah. Tunggu mati kot.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, jadikan kami hamba MU yang bersifat pemurah…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 17, 2010 at 10:19 pm

    derma satu ringgit satu hari..satu malaysia

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: