Buang Bayi


Kebelakangan ini isu buang bayi timbul kembali. Katanya makin menjadi-jadi. Isu ini bukan baru. Perbuatan buang bayi ini pun bukan pernah berhenti, cuma ia di hentikan oleh pihak media kerana ada isu lain.

Isu ini biasanya di timbulkan sebab nak mengajak rakyat Malaysia membicarakannya. Mungkin untuk menutup isu yang lebih besar sekarang ini. Inilah peranan media yang kita kena sedar.

Mereka membina isu dan cuba membentuk rangka pemikiran kita untuk menerima sesuatu isu, membincang dan membahaskannya.

Pada waktu lain, mereka juga cuba menutup sesuatu isu dengan menenggelamkannya untuk kepentingan “kroni” mereka. Samada media cetak atau media elektronik sama saja. Cuma sekarang ini bila ada “internet” kerja mereka agak sukar, tapi mereka masih mampu membentuk pemikiran “orangorang kampung” yang masih menjadikan akhbar harian dan berita TV sebagai sumber maklumat mereka.

Peranan mereka masih penting untuk menjamin “boss” dan “kroni” mereka untuk terus berkuasa. Mereka juga berperanan penting untuk melaga-lagakan musuh politik mereka bagi mewujudkan keadaan tidak stabil dan seterusnya menjatuhkan musuh politik mereka.

Biasanya berita buruk kroni mereka di siarkan ala kadar sahaja. Buat syarat saja. Tapi berita buruk ‘musuh’ mereka akan di perbesar-besarkan walau pun sebenarnya kecil. Disiarkan setiap hari sebagai berita utama. Malahan tiada isu pun akan sengaja di reka-reka dengan perancangan rapi bagi memburuk-burukna musuh mereka.

Sebab itu kita jangan terikut dengan rentak mereka dalam isu buang bayi ini. Selepas ini isu ini akan senyap kembali dengan tidak ada apa-apa pun langkah konkrit yang di ambil untuk mengatasinya. Tunggulah…

Ya Allah, bantulah Islam dan kaum Muslimin disetiap masa dan tempat…amin

One response to this post.

  1. Posted by yatirahman on Februari 17, 2010 at 10:21 pm

    Popular balik sebab berlaku di negeri klate yang digelar serambi Mekah. yg berlaku kat negeri lain x heboh pun…biasalah negeri pembangkang

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: